Ibu
dengar bicara nukilan anakmu
walau sedetik sekilas waktu
biarpun lidah terlipat kelu
lontaran rasa tiada dayaku
namun hati meronta selalu
kau penyeri hidupku
ketahuilah ibu
masih aku anak kecilmu
menagih cinta belain dulu
jemu tidak melangkau waktu
selagi nadi degupan jantungku
terimakasih ibu
penat lelah pengorbananmu
makan minum secangkir susu
sakit demam malam jagaku
memberi kasih menyinar hariku
tanpamu siapalah aku
ibu
tiada emas permata biru
kalungan kasih setulus ingatanku
balasan budi pengorbanan ibu
sekuntum mawar putih buat ratuku
Selamat Hari Ibu!
41 comments:
Happy mom's Day to your mom & Sis Zayda.
Have a great day everyone!
Hurmmmm...siapakah baby boy itu?????macho dan chumeeell sungguh hihi...
selamat hari ibu....
siapa anak kecil yang comel itu?
Dr Sam, that's a lovely tribute to your Mak. Salam and hugs from one mak to another.
salam..selamat hari ibu buat semua ibu di dunia..semoga sentiasa di rahmati ALLAH dan moga kita menjadi anak yg soleh kepada kedua ibu bapa....ameen
Salam DrSam,
Hei...! You look just like your Mom> Hmm... that's you, right? Send my Happy Mother's Day wish to Zayda, Ok?
Well, I think a good, loving mother never ask for emas permata biru, kan? Enough that they know their children love, care and include them in their prayers.
best tribute nih...happy mothers day...
Beautiful poem.Happy mother's day to your wife and ibu.
Doc,
u speak on behalf of all of us yang bergelar anak..nice n3..
Di wajah dia
masih ada kegembiraan
kuntum senyum senda gurau
ketenangan
rasanya,
hatinya masih dapat berkata
walau suaranya seribu bahasa sepi
matanya segala jawapan
moga-moga Allah
Anugerahkan dia hanya yang terbaik.
~sri~
Selamat hari ibu buat bonda mu Dr Sam.
dimanalah kita tanpa ibu
siapalah kita tanpa ibu
Selamat Hari Ibu.
happy mothers day to your wife doc....:-)
happy mummy day...utk wifey u
Kata seorang Ustaz dalam satu majlis tazkirah kami sekeluarga;
"Tidak perlu menjadi seperti si Tanggang untuk mendapat gelaran Anak Derhaka.....kerana, tidak membaca doa untuk ibu selama tiga hari berturut-turut, sudah cukup untuk menggolongkan kita dalam kelompok anak-anak yang zalim(samada ibu masih hidup atau telah tiada....Na'uzubillahi- min -zaalik!)
Semoga kita semua sentiasa mendamaikan roh dan jiwa ibu kita..
DrSam,
Nice poem for your mum...
Happy Mothers Day...
Drop by my page...
One blog is dedicated to all my blog friends and U are one of them..:)
salam,
aiseh men..
mu bagi dak ma mu bacer sajak mu ni?
ke mu pegham kat blog jer?
he he he..
moga mu jadi anak baik belaker...deh
semua anak kalah pada telapak kaki si ibu.
rendahkan egomu, wahai anak~
DRsam
selamat hari ibu... hari bapa ada ke? hehe
MariaFaizal,
wishing all mothers the same. May Allah blessed you all.
atie & fahmi latiff,
Si montel itu ialah junior nombor satu. Berbahagia selalu atie/fahmi bersama keluarga tersayang.
Kak Teh,
Thank you Kak Teh. I will convey your lovely hug to my mom.
Have a nice day.
arsaili,
semoga terjawab doa anak yang solehin, amin.
Mia's mom,
Salam. Hi...hi...it's my first junior. He looks just like me when I was at that age. will convey the salam to my wife. Tq.
What to say, you know better than me.
Yeahh..
Sangat sweet..
Selamat hari ibu buat para ibu :D
bozzobattousai,
tribute pertama kali. sebelumnya tiada medium dan peluangnya tiada kesampaian.
madam gold,
same goes to you ma'am. Tq.
have a nice day.
tchersally,
Yes, I hope all 'anak' share the same feeling as I am toward their ibu.
SRISUFI
terimakasih madah ungkapan
rindu hati tiada kepalang
lambaian bayu laut cina selatan
menggamit perantau segera pulang
berlabuh senja angin berdondang
tiupan angin membelai suram
menatap wajah ibunda tersayang
moga terlerai rindu dan dendam
nahmy,
ya, siapalah kita jika bukan kerana pengorbanan insan bernama ibu.
patungcendana,
happy mother's day to you. Your two kids are blessed to have a lovely mom like you.
ouT Of My MinD,
TQ. Happy mother's day to your lovely mom.
xiinam,
terimakasih diatas peringatan dan perkongsian itu. Mungkin ramai yang tidak berpeluang ketika bersemuka (jika yang masih ada ibu) dan meluahkan perasaan kasih sayang dan cinta kepada ibu masing-masing. Namun saya percaya, nun jauh disudut hati setiap insan bernama anak itu, ingatan dan terimakasih serta doa kesejahteraan ibu itu tetap ada.
Setuju, paling afdalnya setiap kali selepas solat, panjangkanlah doa untuk ibubapa kita semua.
Mencari Sinar bahagia @ Tommy,
Hi Tom, Thank you. received your sms. will visit your blog.
ashley,
Salam.hi..hi..kecek ganu lah pulok.
Ambe memang berhajat nok ghoyat ke ibunda ambe, tapi tiap kali balik Ganu, dok dang sokmo sebab asyik sibuk makang makanang mok masok sedap-sedap belake.
balqissy,
ada berkata syurga itu ditelapak kaki ibu.
zino,
kalau ibu-ibu gembira, bapa-bapa pun gembira. Hari ibu gembira itu lah hari bapa :)
Tny,
Selamat hari ibu juga kepada bakal-bakal ibu :)
tht is nice.. teringat time with my mom & my sister in law who just become mom.. eheh its funny how my mom wish her mother's day... hapi mother's day all...
selamat hari ibu buat ibu2 diseluruh dunia.........
saya pun nak ucap selamat hari ibu. hari-hari hari ibu!
Yang tu lagu yer?...:)..
Tidah terputus amalan seorang ibu selagi ada anak yang soleh yang mendoakan
:-D
Eliz,
happy mother's day to your mom and sister in law.
besi,
ibu-ibu insan yang hebat.
mizzyN,
Setuju. hari-hari hari ibu!
Zue,
'sekuntum mawar putih buat mama' memang tajuk lagu Datuk Sharifah Aini.
Zendra,
Semoga anak-anak senantiasa mendoakan kebahagian dan kesejahteraan kedua ibubapa masing-masing.
Doa kita semua buat ibu ibu di mana jua.. semoga dilimpahi rahmat Allah dan bahagia berkekalan
selamat hari ibu..
ibu ratu hati..
Selamat hari ibu untuk ibu dan isteri Doc :)
Zareda Norman,
Amen...semoga doa anak-anak yang soleh termakbul.
pa17,
Ibu penyeri hatiku
si Penconteng,
Ucapan yang sama ditujukan kepada ibu Zatil.
selamat hari ibu buat semua ibu di dunia... adus.. kenapa rasa pilu dan syahdu sekali 'pengertian' hari ibu ni erk...
kasih ibu tiada tandingan .Kekal utk selama-lamanya.
itu anda ke??? tak macam pom???
Salam...
Pengorbanan seorang IBU tak ternilai harganya.... Syahdu kata2 puisi tu...
sweet jew
huhu
Semoga Allah ampunkan dosa ibu dan bapa dan hidup diberkati.
kiranya ibu kamu membaca puisi ini, aku percaya dia akan menangis terharu..
grow2g3th3r,
ibu sentiasa dihati setiap insan bernama anak.
KUNTONG,
kasih ibu hingga habis nyawa.
Maya,
Adalah separuh gen kita kat situ, jadi iras-iras tu ada sedikit.
umie@kakyong,
ibu akan sentiasa berkorban untuk anak-anaknya. Tidak terbalas.
Joegrimjow,
terimakasih. nukilan dari hati.
Lenooh,
Amin. Semoga Pak Ngah sekeluarga dirahmati jua.
iman Daud,
semoga ibu tidak menangis lagi semoga ibu mengerti isi hati
semoga ibu gembira setiap hari
tak sabar nk jadik ibu..eh..eh..teruja pulak..hoho
Post a Comment