
Selamat kembali kawan
aku gembira kamu kembali
untuk bersama meniti hari
ranjau maupun berduri
bertatih, berjalan berlari-lari
ahh...peduli! merangkak pun jadi
Selamat kembali rakan
perjuangan ini
tiada noktah seruan berhenti
tiada batas sana atau sini
namun dimana kita berdiri
emansipasi jati diri
tetap kan hati
Selamat kembali sahabat
kita bercerita bersenda loka
pecah perut bergelak ketawa
kekadang terpesong tersongsang pun ada
tapi aku percaya
tunjang aku, tunjang kamu sama
cuma waktu dan masa tidak derhaka
Selamat kembali sekali lagi
Aku, kamu masih berdiri
buka langkah kanan selang langkah kiri
ada masa kita kita cerita lagi
Nota kaki : nukilan tercetus apabila terserempak kamu mengintai blog ini :)
salam....nukilan yg menarik...apa kabar bro.....pray for me..hope semua dipermmudahkan..penat lah..ahahaha
ReplyDeleteSalam menjadi semakin hebat dr.Sam:
ReplyDelete~Saya sangat suka entry2 puisi sebegini. Ada kenangan, ada suara hati..ada rindu. Teruskan Dr.
~Saya akan membacanya
salam...dr sam..selamat berblog
ReplyDeleteSalam DrSam,
ReplyDeleteHmmm... this is lovely (:-D
errrrrmm... salam kembali.. errrmm
ReplyDeleteJob Well Done!
ReplyDeleteNice poem...
ReplyDeleteLove it so much,DrSam...
So creative of U..:)
Hope to hear fr U soon..:)
Doc,
ReplyDeletethat pic..lawa..DSLR baru eh??
Dr Sam,
ReplyDeleteGembira kak teh membaca nukilan,
di pagi hari jam lebih sembilan,
apa agaknya yang cetuskan khayalan,
namun kalimahnya memberi hiburan.
arsaili,
ReplyDeleteSalam dari kejauhan sahabat. Azam, usaha, doa dan tawakkal. Insyaallah. Kami disini sentiasa berdoa semoga kembali nanti peroleh kejayaan.
SRISUFI,
Terimakasih kerana suka membaca nukilan yang tercetus spontan. Sebenarnya takut pujian kerana boleh tenggelam dan lemas dengannya. Sama-sama kita bekarya dan berkongsi nukilan seadanya.
besi,
salam. gembira dengan prestasi Chelsea setakat ini.
Mia's mom,
luvely jubbly.. thank you. Hope you are well and everything is fine.
guapunyahal,
salam dan selamat bercuti.
hidup KOKA,
thanks mate. still waiting for your cue for our inaugural mengeteh session!
Mencari Sinar Bahagia @ Tommy,
Yours are nice too! thank you Tom.
tchersally,
No...no...it was not DSLR. Nikon coolpix. I have decided on what model to snap but still my 'tabung kamera' is not 'matang' yet.
Kak Teh,
terimakasih Kak Teh dari kejauhan
tercetus ilham secara spontan
terkenang sahabat yang juga kawan
sama-sama berjuang disatu medan
For a moment I thought it was meant for me hehehe sebab mengintai blog kat blogroll.....
ReplyDeleteYour pal must have been very special to be worth your creative juices, Doc
:-)
Buat byk2 sajak..
ReplyDeleteboleh bukukan..
haha
Pakcik jeles bakat yang ada pada DrSam. Cantek sekali diolah ayat ayat, Tak perlu perkataan yang sophisticated pon. Cayalah!
ReplyDeletedah lama juga kenal you ni doc, tak sangka pula you ni mat jiwang dan berjiwa seni. Tapi kira ok lah.
ReplyDeleteHi doc,no assalamualaikum no hello,just being a peeping Tom?She must have been admiring you secretly kut or she/he is somebody special that make you compose this beautiful poem...
ReplyDeleteA scientist can be a poet at the same time...jealous..jealous..
Zendra,
ReplyDeletehi..hi..terasa juga. Tapi kalau tak makan lada tu tak mengapa, pedasnya tidak terasa.
Anybody I call friend, they are special in their own ways.
~Dino~
(dah cut-short nick)!
Nukilan tidak sehebat pujangga
silap haribulan jadi bahan ketawa
kemungkinan dibukukan untuk rujukan semata
Namun terimakasih syorkan saya
JohnJenin
terus terang sebelum demam blog ni tak pernah bernukilan sebegini
Bila mula menulis, jari menari
tak sangka pula boleh berpuisi :)
puspawangi
iyelah...awat selama ni tak berpuitis-puitus ye :)
madam gold,
hi, asm and hello ma'am. I happened to pass by his room and have a peek, saw him too engross reading my blog . (A big NO to peep on another She these days. Couldn't afford to reactivate my 'teropong iman' anymore :)
A poetic scientist :)
I lost him. I lost my strength to write too. That explain the 'absent' blog that I have right now.
ReplyDeletep/s: Heart or heart, please cure, please glow. I need my inspiration. :(
Wahhh Dr Sam...
ReplyDeleteTak sangka berbakat terpendam rupanya....
CAHAYA,
ReplyDeleteWas it the one in Paris? but again, cheer up, get back on your feet, chin up and walk tall!
Zue,
tak dapat main gamelan, menulis puisi pun jadile.
selamat kembali utk Drsam..
ReplyDeletebila nak buat entry gamelan tu pulak
ReplyDeleteselamat kembali...walau esok akan pergi & mungkin tidak kembali lg..
ReplyDeleteada masa, tulislah lagi ^_* [my blog]
ReplyDeleteSaya suka sajak ni Doc! Ringkas tapi impaknya besar juga ya :)
ReplyDeletezino,
ReplyDeletesebenarnya nukilan ditujukan kepada seorang sahabat yang baru kembali ke tanahair. Sahabat lama.
Zue,
cerita gamelan...emmm sepatutnya tuan punya badan lah yang tulis. Lagi ummmph!
nahmy,
suatu peringatan yang baik.
fajridil adha,
masa itu begitu cemburu. Insyaallah.
Si Penconteng,
Sajak spontan. Tq.
blog kat sinun masih berhibernasi lagi dengan si kucing comel :)
salam DrSam.. bait2 puisi saudara pun indah & pnuh dgn knangan.. telus & jujur.. kita ada minat uyg sama.. fotografi.. jnguk2 la blog baru saya http://fotojurnaliman.blogspot.com/ :)
ReplyDeleteDrsam,
ReplyDeleteDr sgt berbakat menulis nukilan/puisi..kalau rajin menulis mcm ni,boleh buat koleksi dan terbitkan buku....
saya akan beli.
:).
happy labour's day!
ReplyDelete;p
tunjang aku..tunjang kamu semua..
ReplyDeletekita bersama di bawah bumbungNya..
semoga kita terus tetap walau ada pesong..walau ada songsang..
Kamu nampak gembira...
ReplyDeleteMoga terus ceria....
silap tu Dr Sam. Double chin up and walk tall. Haha.
ReplyDeleteNot the one in Paris. The Paris's pass long time ago. Malaysia punya lagi susah nak keep. :P
BBQ apa cerita?
aku kembali kawan
ReplyDeletekembali dengan sepenuh hati
bersedia untuk meniti hari
sanggup menempuh ranjau dan duri
bertatih, berjalan berlari-lari
merangkak juga aku sudi
kerana kini aku mengerti
perjuangan tidak terhenti di sini..
selamat menyambut hari pekerja doc...have a nice weekend...
re:...ingat nak buat drift kat LPT hari tu...tapi tak jadi, sebab nampak trooper JPJ...hahahaha
finally in bahasa melayu.. huhu..
ReplyDeletesalam dr SAM..Dr di tag :)
Sajak yg ditulis dgn perasaan Datang daripada idea yg spontan
ReplyDeleteAtas ingatan kepada seorang teman
Pasti dihati ia meninggalkan kesan
Ia ringkas dan bersahaja namun mesejnya sampai...
iman daud,
ReplyDeleteterimakasih kerana singgah. Gembira kerana kita mempunya minat yang sama.
CATZ,
terimakasih diatas dorongan tersebut. Insyaallah, jika ada peluang dan diizinkanNYA. begitupun, jari ini akan terus menulis.
YERain,
selamat bercuti dan beristirehat.
pal7,
sememangnya kita mempunyai susur galur yang sama. sama-sama kita berkongsi nukilan.
xiinam,
kita mencorakkan hari kita
jangan yang lain rosakkannya
hidup biar gembira
biar bahagia
senyum senantiasa
CAHAYA,
doube chin tu macam John Travolta ke :)
croissant dan bahulu memang tak sama
rasa kedeuanya amat berbeza
tapi kalau kena gaya
sedap juga rasanya
patungcendana,
ReplyDeletedah kembali dari nogori ye. selamat bercuti dan beristirehat.
trooper JPJ jangan diajak buat drift, ajak mengeteh kat R&R boleh :)
cik_mimie,
sesekali menukar selera
apa salahnya
asyik makan nasi pun boring juga
rasanya ini tag kali kedua
namun terimakasih tidak terhingga
dah lama tak jenguk dialam maya
aiseh...masih ingat kat kita :)
In the Nite Garden,
terimakasih dan ahlan wasahlan mesej sampai kepada tuan punya badan
selepas baca nukilan
kawan terus ajak keluar belanja makan :)
aku tak gang dgn orang JPJ...hehehe
ReplyDeletere:...ok gak buat antologi...your name pun termasuk dalam list credits...hehehe...
ReplyDeletepatungcendana
ReplyDeletegeng PJ ok?
re: cadangan dan idea yang bagus serta boleh dikembangkan.
wah... touchnya sajak ni doc!!!tulis banyak2 lagi aarrr
ReplyDeletekawan
ReplyDeletefriends
pals
i love em toomide
wah, tiba2 teringin croissant pagi2 ni. Hehe.
ReplyDeleteThanks for the lovely dinner yesterday Dr Sam. Glad that I finally mastered the whole area of Subang Bestari. Haha. :P Sis Zayda is a great cook.
p/s: What's the name of the tea eh? Sangat sedap la. Teringat2 bila bangun tidur. Where I can get it?
Salam Dr.Sam.
ReplyDeleteSalam jumpa lagi,
lama sudah kutidak ke mari.
Bukan marah bukan benci.
Cuma masa sangat mencemburui.
Memang benar aku akui.
Landasan kita landasan besi keluli.
Walau kekadang terbabas ke tepi.
Namun Islam tetap kita imani.
salam..
ReplyDeletedr sam..thanks a lot sudi lawat blog kedua yang belum siap...heeee
wahhh berpantun pantun
ReplyDeleteala fahmi tak reti la nak berpantun...:)
ok fahmi cuba yer.. :)
2-3 kucing berlari..
mana nak sama si kucing belang..
2-3 dapat ku cari ..
mana nak sama
ngan Dr.Sam sorang.. :)
ewahhhh...
heheheh gurau jer Dr.Sam
tq Dr.Sam
Ok jumpa lagi yer.. :)
salamz,
ReplyDeleteinspirational.... :)
Good thoughts... take care bro
Salam Doc.. First nak cakap I'm so sorry sbb kali neh turun KL x dapat helo2 ngan Doc.. Sbbnya Driver org lain.. hehehe.. lagi pon waktu kat sana pack ngan family business.. mmg x terkejar..kami pon x sempat jumpe kak Maria.. waaaaaaaaaaaa~ next time.. maybe June?? hehehe..
ReplyDeleteBtw, no fon x de la camne nk helo2?? hahahaha.. kem salam sis zayda n family =)
DrSam..U lebih berbakat menulis...:)
ReplyDeleteDrSAm... nukilan spontan juga menarik dr org negeri kepok lekor. yosh!
ReplyDeleteMisya,
ReplyDeleteInsyaallah, jika ilham mendatang dan masa mengizinkan.
mizie N Naderiey,
yes, love them all.
CAHAYA,
Pas de probleme. Your sense of direction is very good. I guess you are right. In fact even better than any of us in our neighborhood.
the tea...come again for a cuppa!
Leenoh,
Salam pak ngah,
masa berlalu memang begitu
tidak terasa cepatnya berlalu
bagi yang faham pepatah dahulu
emas diumpama nilainya waktu
rugilah kita jika tertipu
didunia yang fana jangan keliru
hargai ia jangan dibelengu
setiap detik diisi ilmu
Aimanis,
memang dah lama tak boleh access blog sdri. Tidak tahu kenapa, baru sekarang kebetulan terjumpa link baru.
fahmi latiff,
ReplyDeletememang hebat bakal jutawan
serambi mekah negeri naungan
jika usaha tidak disiakan
berkat doa berkat dorongan
tawakkal bersama harapan
semoga berjaya mencapai impian
zafi,
Salamz. It seems that Plymouth has many interesting thing to occupy you this summer.
SiRibenMerah,
Tak apa, dah tak ada rezeki. lain kali kalau ada kelapangan boleh singgah lagi. Cuma melepas sekali lagi le nak merasa tea Korea :)
Zue,
hi..hi..tengah mengasah bakat yang dah berkarat lama sangat terendam dan terpendam.
balqissy,
tu le dia. dulu asyik makang keropok lekor sampai lupa nak buat nukilan spontan :)
salam dr
ReplyDeletepandainya berpuisi.. teruskan berpuisi, supaya tak hilang bakat yang terpendam tu.. :)
;D indahny Dr. Sam berbahasa..
ReplyDeleteNurhani Salwa Binti Jamaluddin,
ReplyDeleteSalam,
Jika diizinkanNYA dan ada kelapangan. Terimakasih.
PerantauSepi1306,
Bahasa medium kata, terluah isi hati.