20 January 2009

Aisey man...brader Jon!


Pertama : Secara ikhlasnya aku ingin mengucapkan terimakasih kepada brader Jon. Sahabat yang jika dikira umur perkenalan, cuma seusia anak yang baru bertatih, bersusah payah dan bersungguh-sungguh untuk belanja aku makan. Walaupun hari lahir ku sudah berlalu agak lama dan kek yang disimpan didalam peti sejuk tempoh hari pun hanya meniggalkan baunya sahaja, namun beliau tetap beria-beria juga. Mulanya aku yang mengajak dan mahu belanja dia makan. Tapi lain jadinya. Terimakasih brader Jon! Terimakasih daun keladi. Aku ingat kamu.

Kedua : Eh..kenapa tulis dalam bahasa ibunda pula? Selama ini menulis dalam bahasa mat saleh? Rasionalnya begini. Aku ada menerima e-mail dari rakan yang malu-malu kucing untuk turut serta di blog ini, tetapi mushkil dan mungkin mashgul. Soalan cepu emas beliau : kenapa mesti menulis dalam bahasa penjajah sedangkan yang komen di dalam blog ini hampir kesemua faham Bahasa Malaysia? Ada juga kebenarannya. Namun aku ada sebab dan musababnya tersendiri. Baiklah, buat pertama kalinya dan tidak ingin menghampakan permintaan. Bagaimanapun, aku akan terus menulis di dalam bahasa Mat Saleh mengikut sebab musabab awal. Encik malu-kucing, jika mahukan penjelasan yang terperinci kita boleh berjumpa di sesi 'mengeteh' seterusnya.

Ketiga : Aku dan bukan saya. Teringat ketika di sekolah pertanyaan sama aku utarakan kepada muallim yang sentiasa membahasakan dirinya aku, walaupun ketika mengajar didalam kelas. Limaza ya sheikh? Jawapan ringkas muallim - bahasa itu bahasa munajat, bahasa merendah diri, hormat, tawadduk dan insaf kepadaNYA. Cuma kekadang itu, sebagai ibubapa moden aku pun terbawa-bawa dengan bahasa anggun masa kini dan selalu menegur anak-anak. Tidak sopan kata aku. "cakap saya" :)

Terimakasih sekali lagi brader Jon!

74 comments:

ab geldofg said...

bhasa...tgk pada siapa yg kita nak tuju blog kita?...itu bagi aku

DrSam said...

ab geldofg,
setuju sangat. jika maksud tidak kesampaian maka perhubungan akan gagal. "communication breakdown". cuma tujuan asal aku menjurus lebih kepada "self-enrichment". lekok pembelajaran aku masih panjang. begitu.

ab geldofg said...

btul dr ckp......aku tk mahu komen sgt bb bahsa ni.....kbebasan manusia

tchersally said...

Hmmm..bahasa..actually it depends on what, when, why, where n who u r using it with..yang penting..maksud sebenar akan dapat d sampaikan without prejudice..yaikkss ..see..now am using bahasa rojak already!! but i know that u know what i mean..tak gitu Dr??
p.s...Sally kalau nak bertekak atau luahkan ketidakpuashatian..x kira dgn sape2..especially dgn d other half..English would b my choice..hehe..tepat n precise..

Miss Izah Mohamed said...

salam dr sam.
i think xslh pn nk gune bhase apa2 as long org leh paham..
aslkn jgn lupe bhsa ibunda kite udah lew... :)

sumtimes a few people ni jarang gune bhase omputih sbb dorang rase cam xde feel je nk bace...

tp sy mmg suke jenguk blog dr ni sbb boleh gk improve my english yg broken nie.. hehehe

hav a nice day :D

Kak Teh said...

Salam Dr Sam, tak salah sekali sekala menukar gaya dan bahasa dalam blog kita - mengikut mood dan juga keadaan. Apapun, kak teh tertarik dengan bahasa yang indah dan kandungan yang memanfaatkan, begitu gitu?

MiSya said...

huhuhu...mana2 aje dr sam....klu dr pki English pun...sy tetap baca blog dr..sbb blh tlg kc up my broken English itew sm dg cik izah..hihihi......

DrSam said...

ab geldofg,
dgn bahasa, manusia bebas bersuara.

tchersally,
seperti rojak, bahasa yang dicampur aduk mungkin bunyinya sedap tetapi kurang asli dan hilang keseniannya. Setuju bab bahasa dan emosi. Rojak pun rojak lah.

Miss Izzah,
salam. saya pun masih bertatih juga.

Salam Kak Teh,
Hi..hi..begitu gitu...tergeletek hati saya. memang bahasa boleh menggambarkan mood.

Misya,
memang kita bertatih dahulu baru berjalan. Resam kehidupan begitu.

patungcendana said...

aku hilang concentration tengok gambar cake tu...huhuhu..

bahasa cuma medium untuk menyampaikan maksud...tak kira la bahasa melayu ke...bahasa inggeris ke...bahasa isyarat ke....kamu tulis je...sure aku bacanya...

fahmi latiff said...

a'kum Dr Sam

kalau Dr SAM tulis bahasa melayu Dr SAM seakan-akan Dr Irfan Khairi....jutawan internet dia punya blog 2000 pelawat sehari... peh.... heheheh...:)

Dr Sam U memang best...:)

MariaFaizal said...

I love Roti John... heheh.Sorry irrelevant.

What I'm trying to say, the more spoken/written languages you know, the better. Imagine how much knowledge we can absorb having to read (& converse of course)via multi-linguals capability.

Tidah sepatutnya timbul isu bahasa penjajah di situ :)

MariaFaizal said...

Correction :
"TIDAK sepatutnya timbul isu bahasa penjajah di situ :)

Typo error resulted in typing while shaking my head *wink*

besi said...

janji tulis drsam....

Zatil said...

Itulah Doc, dulu saya tulis dalam bahasa Inggeris, sekarang ni tulis dalam bahasa Malaysia & dialek Melayu Sarawak pulak. Bahasa yang digunakan dalam penulisan saya pun bergantung dengan siapa yang kerap membaca blog saya & 'mood' saya :). I have an assorted niche.

puspawangi said...

What ever you write dear, we'll read nyer...that cake looks yummy. Bila nak belanja puspa lak?

Jon said...

Dear Bro Dr.Sam,

Tak sangka kamu sebut tentang saya dalam blog yang popular ini. Ini juga first time JON comment dalam B.M. Sebenarnya mamang Bahsa Malaysia penting, tapi ada advantage kita belajar dan menguasai satu lagi bahasa asing untuk kebaikan kta semua. Saya setuju dengan Brother Sam yang mengatakan kita perlu mantapkan diri kita dengan ilme pengetahuan, baru boleh bersaing di persada antarabangasa......dengan menguasai Bahasa English.......kita dapat menguasai teknologi dan...dunia......Kuang..Kuang...Kuang...(Tapi kita tak menakluk negara orang lain, kita orang Malaysia semua baik-baik belaka dan cinta keamanan. Betul la cakap Brother Sam, English saya semakin improve dan semakin lancar menulis dalam karangan apabila banyakkan latihan. Terima kasih, Dr.Sam.

Penoreh Getah said...

alhamdulillah sedap nampaknya kek brader jon tu bang..

org tua angkat saya bising masa kecik2 dulu kalau ckp aku... dia bilang nnt kena paku dgn hantu paku.. hehehe

ashley said...

Dalam bahasa apa pun jua..yang penting THAT CAKE is inviting...
aku lapor ni tak makan tengahari lagi ni..

'aku'...diAKUI lebih informal.
kalau 'SAYA' macam bercakap dengan pak Mertua jer..
FORMAL..

DrSam said...

patungcendana,
kekadang sekeping foto lebih berkesan penyampaian maksudnya, lebih daripada berkata-kata. kadang-kadang menaikkan selera, ya juga.

MariaFaizal,
Ich liebe du. That is the only sentence that I picked up so far :) I can see that you have a very good command of that language. Thus I envy you madame.

besi,
Aku berjanji kepada diri sendiri. Akan terus menulis jika masih terluang dgn izinkanNYA.

i.am.belle said...

WAH WAH WAH ;>

tak kisahlah, asalkan orang yang membaca itu faham dgn maksud yang cuba disampaikan.

'sharing is caring'xD

DrSam said...

Zatil,
itu menambahkan lagi warna warni kehidupan. 'Versatile' gitu.

puspawangi,
kena tunggu birthday puspa lah ye.

brader Jon,
Aisey man...maaf jika kamu terbatuk atau tersedak. bukan niat ku brader Jon. Semoga kamu mendapat apa yang dicita-citakan. jangan putus asa brader Jon.

Penoreh Getah,
Selamat kembali dan kemana menghilang diri? Blogmu menyepi sekian lama. Harga getah pun dah naik semula, harapnya menceriakan ramai peneroka dan pakcik-pakcik yang sudah tua.

DrSam said...

ashley,
caya gitu. berformal-fomalan dengan pak mertua. "Ayahanda..izinkan anakanda berundur diri dulu ya ayahanda"

i.am.belle,
part mana yang wahx3 tu cik belle? aku mushkil.

suka moto tu.

Hidup KOKA said...

Dr Sam..... Ko tulis lah dalam apa bahasa pun....
Aku tetap singgah kat blog ko!!!!

DrSam said...

Hidup KOKA.
Terimakasih kawan. Hidup Hidup KOKA!

Heny said...

menurut saya menulis dalam bahasa inggris juga penting dan akan menjadi lebih baik untuk kepentingan dakwah, menjelaskan Islam ke dunia barat yang selama ini tidak memahami Islam

Kak Teh said...

hahaaha Dr Sam, sepatutnya, bukan begitu? rasanya masa type tu dah mengantuk mood.

DrSam said...

Heny,
setuju. usaha dakwah islamiah ke peringkat global memerlukan penguasaa bahasa yang jitu dan berkesan.

Barat amat memahami Islam. Oportunis akan sentiasa mengeksploitasi kelemahan yang ketara terhadap penganutnya (yang tidak memahami dan menghayati Islam itu sendiri).

DrSam said...

Alahai Kak Teh. Pandainya menggeletek. Tepat sekali, memang mengantuk, cuma tidak berselimut dibawah duvet sahaja :)

kuIna Jentayutiara said...

salam kenak Dr.

.nampk sedap kek tu...

.. bahasa cuma cara penyampaian tp matlamat tetap sama 'sharing our knowledge'

... sy akan terus membaca!

cendawanintim said...

Gambo kek buat lari ajer isi2 nak komen nih..huhuhu

Papepon, saya sebenarnya lebih suka setiap n3 itu di tulis menggunakan bahasa omputih, sebab maksudnya agak 'dalam' gitu...

Yang penting njoy setiap apa yang kita buat...rite?

keep it up!

DrSam said...

kulna Jentayu,
Jika pandangan sahaja sudah sedap, apatah lagi jika dapat menikmatinya.

Cendawanintim,
dalam maksud tu Cuni.

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

Wah Dr Sam! Meriah perbahasan mengenai bahasa nih! Saya pun nak turut serta. Bahasa paling senang difahami oleh semua orang adalah bahasa 'senyuman'. Sebab tu ada hadis kata senyum itu sedekah. Tak kisah nak cakap dalam bahasa Mat Saleh or Mat Soleh, semua orang boleh faham.. Lepas ni kita pakat kempen senyum sokmo pun baguih juga..

Anyway, sapa lagi nak perjuang bahasa Melayu, kalau tak orang Melayu?Hidup Bahasa Melayu! Bahasa Jiwa Bangsa.

DrSam said...

Nurhani,
Setuju, bahasa jiwa bangsa.

eJump said...

ler... beshday bro da lepas?..
npe x ckp...
apy beshday bro... uhurk3!!
tgk kek tu mcm terliur pulak...

MariaFaizal said...

Awww...Ich liebe auch dich *wink2*

I learned deutsch out of envy - to my own father :)

I have heard this during my Form 5 Agama Islam subject as the Ustazah said " Cemburu itu dibenarkan dlm Islam (and not hasad dengki) kerana that probably will be the greatest motivation to improvise oneself"

I re-phrase her quote coz I couldn't recall the exact words of hers.

tomato_masam said...

tapi, rasanya bahasa bukan kunci utama dalam menulis blog, isi nya yang penting, kan? hihi..=)

DrSam said...

eJump,
TQ. umur panjang, tahun depan kita belanja.

MariaFaizal,
correct...correct.. that emotion can be a good motivation for us to achieve some goals in our life.

tomato_masam,
tengok keadaan, kekadang isi penting, kekadang kulit penting dan kekadang juga dua-dua penting.

Meh Kongsi said...

yup sukung, bab bahasa terpulang anda..

ps: pernah tgk web ada features leh translate language.. leh letak kat blog kot

DrSam said...

Meh Kongsi,
menarik jika ada feature sebegitu. ada address?

bozzobattousai said...

pd bozzo nak tulis dlm bahasa apa po ok janji sampai apa yg nak disampaikan....

De' Sal said...
This comment has been removed by the author.
DrSam said...

bozzobattousai,
lama tak dengar berita. salam kembali.

ita.itu said...

hehe,,mmg terkujat gak..ingat masuk salah blog tadi..hehe...campur2 la bahasa bro..hehe

DrSam said...

ita.itu
opocot...akan buat ikut mood.

shee said...

chocolate banana!! :D yummy to da tummy!~

sir NIK said...

terima kasih DrSam..sudi melawat dan mecatatkan sedikit ulasan dalam blog saya..saya sangat menghargainya...tq

DrSam said...

shee,
thanks for dropping by.

sir NIK,
Pas de probleme sir.

sue_fingers said...

olaa....sedap nya kek nak minta sedikit hehehe... perkataan "aku" kalau di sabah tidak la kasar hehe semua orang guna. Selamat hari jadi. maaf sebab terlewat nak ucapkan, semoga di panjangkan umur dan murah rezeki :)

penjenayah.merah.jambu. said...

nk kek tuh!
huu..wah..dah besar2 pon dpt kek agi kan?
besnye..
jeles tao.. :P

DrSam said...

sue_fingers
Terimakasih. Bahasa juga medium mengeratkan silaturrahim. Kenalan baru guna saya-awak, bila dah mesra engkau-aku.

penjenayah.merah.jambu
panjangnya nama baru. nama lama saya rasa lagi umph....

patungcendana said...

bad day yesterday...eh doc?
Murphy's Law working at full force...sometimes Mr Murphy ought to give us a break ya...

TuN TeJa said...

bagi teja, kalau menulis blog dlm BI, xda hal..ye la..kawan kita bukan setakat yang memahami BM shj..tapi mungkin juga ada kenalan dari bangsa asing yang hanya memahami bahasa ibunda mereka dan BI shj... :)

DrSam said...

patungcendana,
bad..bad...bad..but with some hypnotizing tricks, I managed to score mine almost all 10 :) thank you mr big boss.

tunTeja,
manusia mempunyai pelbagai citarasa dan selera.

atie said...

It's up to u,bro...yang pasti kek tuu sangat mengundang selera laaaaa...hahah

PJ selamba said...

Tu la kan...terliur aku tengok kek tu...nasib baik bukan bulan puasa...
Pasal 'aku' & 'saya' tu ikut budaya masing² ja kot. Cemana err...bila berdoa 'Ya Allah ampunkan aku'...tak pulak org doa 'Ya Allah ampunkan saya'...erm...

(¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯) said...

tq jengah blog saya :)

arsaili said...

salam...isu bahasa nampaknya..ehehe. Opss sy pun menulis dalam bahasa penjajah...tapi tak kisahlah setiap yg dibuat mesti ada underlying reason kan... wish can write in arabic..tapi tak reti plak. Pasal ber'aku dan 'saya'..owh saya prefer guna saya..memang sejak azali..ahaha..pernah masa sekolah org kata saya ni anak guru besar just becoz suka bersaya berawak? relevan kah? Tapi dari aspect penulisan yg tidak dituju direct kepada sesorg, it shld be ok kan. Kalau novel ditulis dgn saya awak...mau meroyan membacanya..ahaha.

Ok gtg back to work...what a stressful day..u know the feeling when all thing seem against u

DrSam said...

atie,
kuih jadi pemanis blog :)

PJ selamba,
bahasa intim pun guna aku juga. "Aku cinta padamu"...

DrSam said...

arsaili,
tujuan asal hanya penghargaan kepada brader Jon. tiada niat hendak bercerita pasal bahasa. tapi komen dari kawan terus mencetus ilham.

Wishing you all the best.

DrSam said...

nrina,
salam kunjungan balas.

Daniel Ng said...

Wow! It's hot here..I mean the hot discussion here, well done, brader, I can see so many people followed your blog now & I believe you will become one of the celebrity blogger in Malaysia soon!

Good job, I enjoyed your post and all the comments as well, you are more COOL now!

DrSam said...

Daniel,
Haa..haa..I hope Mawi and Ikin won't be intimidated by your comment bro. but I am just a small entity here, just enjoying sharing my thought with other bloggers.

enjoy reading you blog too. Lets make the world a cool place to stay.

GregChai said...

Bro, i agree with Daniel, look at those comments, wow!

Congratulations!

DrSam said...

Greg,
Tq. Everybody is more than welcome here.

ShiDa said...

Huhuhuu terliuur ar nengok cake DR!
Bro Jon, Bday shida June ni hahaha..

shida ingat tersesat rumah org lain td,hhehee for me bahasa apa pun it doesnt matter laa as long penulisan kita mudah difahami & x menyinggung org lain, good enough!!apa salahnya kalau kita tahu bahasa2 lain selain bahasa ibunda kita..kan itu ILMU!!

en_me said...

salammm bro.. nice blog

DrSam said...

ShiDa,
I will make sure Bro Jon will remember that.

en_me,
salam kembali. Tq.

Faisal Admar said...

banana choc? hmm lama tak makan choc indulgence.

choc leh ilang stress kan?

p/s: tengah hentak kepala di dinding sebab seseorang menyakitkan hati cerita pasal orang lain!!!

DrSam said...

faisal,
next time you come here, the cake is on me.

what happened bro?

Faisal Admar said...

don't worry doc.
takde kenduri arwah dalam masa terdekat ni :)

btw, sebut tentang bahasa... dah jadi isu basi kalau pasal blog dan bahasa yang digunakan. bagi saya as long as maksud tu sampai itu sudah memadai.

saya menggunakan blog sebagai medium untuk saja practice english saya. gunakan seberapa banyak perkataan baru yang saya jumpa dalam buku yang saya sedang baca atau telah baca.

bahasa ibunda saya ialah bahasa melayu, tak salahkan jika saya mahirkan bahasa inggeris saya ke peringkat yang lebih tinggi?

nak kata bahasa penjajah, kalau begitu lah pemikiran kita, di takuk lama lah kita. cuba tengok singapore, kenapa bangsa melayyu di sana sangat hebat dalam berbahasa inggeris? bahasa melyu still sama bagus dengan kita. kalau bahasa inggeris kita bagus, nak deal apa pun dengan bangsa asing senang. jangan sampai apa yang obama cakap sepatah pun kita tak faham. macam mana nak ikut arus kemodenan?

bagi saya orang yang masih memperkatakan english sebagai bahasa penjajah adalah kolot! sorry to be so blunt!

Erieq said...

makanan yg ade ulam tu best :P

Simply ZULAIKA said...

heylo2
tx vsiting
btw,urs nice too
i like all ur writing
the words r beautful
n the pix sgt2 cool
;DD

dilaOHdila said...

salam kenal DOC
cake itew sungguh mencuit naluri makan ku;-)

n a d e a said...

salam...

thanks for dropping by
;)

well, xkisah la bahasa ape pon. what language we use shouldnt be a prob as long as people get what we want to deliver... rojak pon ok. like mine.. hehe ;)


btw nice blog doc!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...