29 April 2009

Prolog sebuah perjuangan



Selamat kembali kawan
aku gembira kamu kembali
untuk bersama meniti hari
ranjau maupun berduri
bertatih, berjalan berlari-lari
ahh...peduli! merangkak pun jadi

Selamat kembali rakan
perjuangan ini
tiada noktah seruan berhenti
tiada batas sana atau sini
namun dimana kita berdiri
emansipasi jati diri
tetap kan hati

Selamat kembali sahabat
kita bercerita bersenda loka
pecah perut bergelak ketawa
kekadang terpesong tersongsang pun ada
tapi aku percaya
tunjang aku, tunjang kamu sama
cuma waktu dan masa tidak derhaka

Selamat kembali sekali lagi
Aku, kamu masih berdiri
buka langkah kanan selang langkah kiri
ada masa kita kita cerita lagi






Nota kaki : nukilan tercetus apabila terserempak kamu mengintai blog ini :)

54 comments:

arsaili said...

salam....nukilan yg menarik...apa kabar bro.....pray for me..hope semua dipermmudahkan..penat lah..ahahaha

SRISUFI said...

Salam menjadi semakin hebat dr.Sam:

~Saya sangat suka entry2 puisi sebegini. Ada kenangan, ada suara hati..ada rindu. Teruskan Dr.

~Saya akan membacanya

besi said...

salam...dr sam..selamat berblog

Mia's Mom said...

Salam DrSam,

Hmmm... this is lovely (:-D

guapunyahal said...

errrrrmm... salam kembali.. errrmm

Hidup KOKA said...

Job Well Done!

Mencari Sinar Bahagia @ Tommy said...

Nice poem...
Love it so much,DrSam...
So creative of U..:)
Hope to hear fr U soon..:)

Sally said...

Doc,
that pic..lawa..DSLR baru eh??

Kak Teh said...

Dr Sam,
Gembira kak teh membaca nukilan,
di pagi hari jam lebih sembilan,
apa agaknya yang cetuskan khayalan,
namun kalimahnya memberi hiburan.

DrSam said...

arsaili,
Salam dari kejauhan sahabat. Azam, usaha, doa dan tawakkal. Insyaallah. Kami disini sentiasa berdoa semoga kembali nanti peroleh kejayaan.

SRISUFI,
Terimakasih kerana suka membaca nukilan yang tercetus spontan. Sebenarnya takut pujian kerana boleh tenggelam dan lemas dengannya. Sama-sama kita bekarya dan berkongsi nukilan seadanya.

besi,
salam. gembira dengan prestasi Chelsea setakat ini.

Mia's mom,
luvely jubbly.. thank you. Hope you are well and everything is fine.

guapunyahal,
salam dan selamat bercuti.

hidup KOKA,
thanks mate. still waiting for your cue for our inaugural mengeteh session!

Mencari Sinar Bahagia @ Tommy,
Yours are nice too! thank you Tom.

tchersally,
No...no...it was not DSLR. Nikon coolpix. I have decided on what model to snap but still my 'tabung kamera' is not 'matang' yet.

Kak Teh,
terimakasih Kak Teh dari kejauhan
tercetus ilham secara spontan
terkenang sahabat yang juga kawan
sama-sama berjuang disatu medan

Zendra-Maria said...

For a moment I thought it was meant for me hehehe sebab mengintai blog kat blogroll.....

Your pal must have been very special to be worth your creative juices, Doc

:-)

Anonymous said...

Buat byk2 sajak..
boleh bukukan..
haha

JohnJenin said...

Pakcik jeles bakat yang ada pada DrSam. Cantek sekali diolah ayat ayat, Tak perlu perkataan yang sophisticated pon. Cayalah!

puspawangi said...

dah lama juga kenal you ni doc, tak sangka pula you ni mat jiwang dan berjiwa seni. Tapi kira ok lah.

Memorable trails... said...

Hi doc,no assalamualaikum no hello,just being a peeping Tom?She must have been admiring you secretly kut or she/he is somebody special that make you compose this beautiful poem...
A scientist can be a poet at the same time...jealous..jealous..

DrSam said...

Zendra,
hi..hi..terasa juga. Tapi kalau tak makan lada tu tak mengapa, pedasnya tidak terasa.

Anybody I call friend, they are special in their own ways.

~Dino~
(dah cut-short nick)!
Nukilan tidak sehebat pujangga
silap haribulan jadi bahan ketawa
kemungkinan dibukukan untuk rujukan semata
Namun terimakasih syorkan saya

JohnJenin
terus terang sebelum demam blog ni tak pernah bernukilan sebegini
Bila mula menulis, jari menari
tak sangka pula boleh berpuisi :)


puspawangi
iyelah...awat selama ni tak berpuitis-puitus ye :)


madam gold,
hi, asm and hello ma'am. I happened to pass by his room and have a peek, saw him too engross reading my blog . (A big NO to peep on another She these days. Couldn't afford to reactivate my 'teropong iman' anymore :)

A poetic scientist :)

CAHAYA said...

I lost him. I lost my strength to write too. That explain the 'absent' blog that I have right now.

p/s: Heart or heart, please cure, please glow. I need my inspiration. :(

Zue said...

Wahhh Dr Sam...

Tak sangka berbakat terpendam rupanya....

DrSam said...

CAHAYA,
Was it the one in Paris? but again, cheer up, get back on your feet, chin up and walk tall!

Zue,
tak dapat main gamelan, menulis puisi pun jadile.

zino said...

selamat kembali utk Drsam..

Zue said...

bila nak buat entry gamelan tu pulak

nahmy said...

selamat kembali...walau esok akan pergi & mungkin tidak kembali lg..

fajridil adha said...

ada masa, tulislah lagi ^_* [my blog]

x said...

Saya suka sajak ni Doc! Ringkas tapi impaknya besar juga ya :)

DrSam said...

zino,
sebenarnya nukilan ditujukan kepada seorang sahabat yang baru kembali ke tanahair. Sahabat lama.

Zue,
cerita gamelan...emmm sepatutnya tuan punya badan lah yang tulis. Lagi ummmph!

nahmy,
suatu peringatan yang baik.

fajridil adha,
masa itu begitu cemburu. Insyaallah.

Si Penconteng,
Sajak spontan. Tq.

blog kat sinun masih berhibernasi lagi dengan si kucing comel :)

iman daud said...

salam DrSam.. bait2 puisi saudara pun indah & pnuh dgn knangan.. telus & jujur.. kita ada minat uyg sama.. fotografi.. jnguk2 la blog baru saya http://fotojurnaliman.blogspot.com/ :)

CATZ said...

Drsam,

Dr sgt berbakat menulis nukilan/puisi..kalau rajin menulis mcm ni,boleh buat koleksi dan terbitkan buku....
saya akan beli.
:).

Yern Ain said...

happy labour's day!

;p

pal7 said...

tunjang aku..tunjang kamu semua..

kita bersama di bawah bumbungNya..
semoga kita terus tetap walau ada pesong..walau ada songsang..

ckLah @xiiinam said...

Kamu nampak gembira...




Moga terus ceria....

CAHAYA said...

silap tu Dr Sam. Double chin up and walk tall. Haha.

Not the one in Paris. The Paris's pass long time ago. Malaysia punya lagi susah nak keep. :P

BBQ apa cerita?

patungcendana said...

aku kembali kawan
kembali dengan sepenuh hati
bersedia untuk meniti hari
sanggup menempuh ranjau dan duri
bertatih, berjalan berlari-lari
merangkak juga aku sudi
kerana kini aku mengerti
perjuangan tidak terhenti di sini..

selamat menyambut hari pekerja doc...have a nice weekend...

re:...ingat nak buat drift kat LPT hari tu...tapi tak jadi, sebab nampak trooper JPJ...hahahaha

cik_mimie said...

finally in bahasa melayu.. huhu..
salam dr SAM..Dr di tag :)

Nite Garden said...

Sajak yg ditulis dgn perasaan Datang daripada idea yg spontan
Atas ingatan kepada seorang teman
Pasti dihati ia meninggalkan kesan

Ia ringkas dan bersahaja namun mesejnya sampai...

DrSam said...

iman daud,
terimakasih kerana singgah. Gembira kerana kita mempunya minat yang sama.

CATZ,
terimakasih diatas dorongan tersebut. Insyaallah, jika ada peluang dan diizinkanNYA. begitupun, jari ini akan terus menulis.

YERain,
selamat bercuti dan beristirehat.

pal7,
sememangnya kita mempunyai susur galur yang sama. sama-sama kita berkongsi nukilan.

xiinam,
kita mencorakkan hari kita
jangan yang lain rosakkannya
hidup biar gembira
biar bahagia
senyum senantiasa

CAHAYA,
doube chin tu macam John Travolta ke :)

croissant dan bahulu memang tak sama
rasa kedeuanya amat berbeza
tapi kalau kena gaya
sedap juga rasanya

DrSam said...

patungcendana,
dah kembali dari nogori ye. selamat bercuti dan beristirehat.

trooper JPJ jangan diajak buat drift, ajak mengeteh kat R&R boleh :)

cik_mimie,
sesekali menukar selera
apa salahnya
asyik makan nasi pun boring juga
rasanya ini tag kali kedua
namun terimakasih tidak terhingga
dah lama tak jenguk dialam maya
aiseh...masih ingat kat kita :)

In the Nite Garden,
terimakasih dan ahlan wasahlan mesej sampai kepada tuan punya badan
selepas baca nukilan
kawan terus ajak keluar belanja makan :)

patungcendana said...

aku tak gang dgn orang JPJ...hehehe

patungcendana said...

re:...ok gak buat antologi...your name pun termasuk dalam list credits...hehehe...

DrSam said...

patungcendana
geng PJ ok?

re: cadangan dan idea yang bagus serta boleh dikembangkan.

MiSyaJanah said...

wah... touchnya sajak ni doc!!!tulis banyak2 lagi aarrr

Naddy said...

kawan
friends
pals

i love em toomide

CAHAYA said...

wah, tiba2 teringin croissant pagi2 ni. Hehe.

Thanks for the lovely dinner yesterday Dr Sam. Glad that I finally mastered the whole area of Subang Bestari. Haha. :P Sis Zayda is a great cook.

p/s: What's the name of the tea eh? Sangat sedap la. Teringat2 bila bangun tidur. Where I can get it?

Leenoh said...

Salam Dr.Sam.

Salam jumpa lagi,
lama sudah kutidak ke mari.
Bukan marah bukan benci.
Cuma masa sangat mencemburui.
Memang benar aku akui.
Landasan kita landasan besi keluli.
Walau kekadang terbabas ke tepi.
Namun Islam tetap kita imani.

Aimanis said...

salam..
dr sam..thanks a lot sudi lawat blog kedua yang belum siap...heeee

Anonymous said...

wahhh berpantun pantun

ala fahmi tak reti la nak berpantun...:)

ok fahmi cuba yer.. :)

2-3 kucing berlari..
mana nak sama si kucing belang..
2-3 dapat ku cari ..
mana nak sama
ngan Dr.Sam sorang.. :)


ewahhhh...
heheheh gurau jer Dr.Sam
tq Dr.Sam
Ok jumpa lagi yer.. :)

zafi said...

salamz,
inspirational.... :)
Good thoughts... take care bro

*SiRibenMerah said...

Salam Doc.. First nak cakap I'm so sorry sbb kali neh turun KL x dapat helo2 ngan Doc.. Sbbnya Driver org lain.. hehehe.. lagi pon waktu kat sana pack ngan family business.. mmg x terkejar..kami pon x sempat jumpe kak Maria.. waaaaaaaaaaaa~ next time.. maybe June?? hehehe..

Btw, no fon x de la camne nk helo2?? hahahaha.. kem salam sis zayda n family =)

Zue said...

DrSam..U lebih berbakat menulis...:)

balqissy said...

DrSAm... nukilan spontan juga menarik dr org negeri kepok lekor. yosh!

DrSam said...

Misya,
Insyaallah, jika ilham mendatang dan masa mengizinkan.

mizie N Naderiey,
yes, love them all.

CAHAYA,
Pas de probleme. Your sense of direction is very good. I guess you are right. In fact even better than any of us in our neighborhood.

the tea...come again for a cuppa!

Leenoh,
Salam pak ngah,

masa berlalu memang begitu
tidak terasa cepatnya berlalu
bagi yang faham pepatah dahulu
emas diumpama nilainya waktu
rugilah kita jika tertipu
didunia yang fana jangan keliru
hargai ia jangan dibelengu
setiap detik diisi ilmu

Aimanis,
memang dah lama tak boleh access blog sdri. Tidak tahu kenapa, baru sekarang kebetulan terjumpa link baru.

DrSam said...

fahmi latiff,

memang hebat bakal jutawan
serambi mekah negeri naungan
jika usaha tidak disiakan
berkat doa berkat dorongan
tawakkal bersama harapan
semoga berjaya mencapai impian


zafi,
Salamz. It seems that Plymouth has many interesting thing to occupy you this summer.

SiRibenMerah,
Tak apa, dah tak ada rezeki. lain kali kalau ada kelapangan boleh singgah lagi. Cuma melepas sekali lagi le nak merasa tea Korea :)


Zue,
hi..hi..tengah mengasah bakat yang dah berkarat lama sangat terendam dan terpendam.

balqissy,
tu le dia. dulu asyik makang keropok lekor sampai lupa nak buat nukilan spontan :)

Hunny said...

salam dr

pandainya berpuisi.. teruskan berpuisi, supaya tak hilang bakat yang terpendam tu.. :)

PerantauSepi1306 said...

;D indahny Dr. Sam berbahasa..

DrSam said...

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin,
Salam,
Jika diizinkanNYA dan ada kelapangan. Terimakasih.

PerantauSepi1306,
Bahasa medium kata, terluah isi hati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...