16 August 2011

Semalam, sembilan belas tahun lalu





Buat sekian kalinya
Juragan cinta ini ingin bermadah
merayu agar bayu pagi
membisik kepada angin laut China Selatan
membawa ghairah cinta juragan ini
mengulit mimpi permaisuri
nan lama bertakhta dihati

semalam, sembilan belas tahun lalu
juragan cinta menobat permaisuri dihati
meninggalkan pelabuhan solo itu
tidak berpaling lagi
belayar bersama dermaga kasihmu
mengalun seruling bambu syahdu mendayu
bahtera kemudi dilautan api asmara tiada henti

sumpah setia juragan cinta ini
lautan luas sama direnangi
gunung ganang sama dijelajahi
susah senang mainan hidup ini
jika sumpah keramat derhaka sekali
biarlah jasad ini tidak dimakan bumi

dan jika kasih ini bukan milik duniawi
wahai permaisuri dihati
jemputlah jeragan cinta ini
biarpun sekali cuma
mendampingi kamar cintamu
disyurga firdausi mu hakiki

Puisi semarak gurindam kasih sejati
ku tuju buat permaisuri hatiku
sembilan belas tahun mengulit asmara ini
juragan cinta mohon tiada noktah akhirnya
biar dakwat cinta ini kekal abadi






34 comments:

mirachantek said...

what a happy family!

MULAN said...

happy anniversary... happy & healthy always..

pB said...

wow .....


tahniah
happy anniversary
moga bahagia hingga ke syurga

Sir Pök Déng said...

Dokter,

Allow me to plagiarize your poem so that I can use on my future 19th wedding anniversary. hahah!

aliff muhammad said...

Alamak, sekali Dokter berpuisi kalah penulis berpengalaman nie. :D

aliff muhammad said...

Alamak, sekali Dokter berpuisi kalah penulis berpengalaman nie. :D

jeragang said...

pegang kemudi kemah sket Doc.... piang barak lauk takuk kena terjoh... kkuca hanya abih kang

*SiRibenMerah said...

happy anniversary..

selamat berpuasa :)

p/s: bila nk ajak saya buka puasa neh??

Red Alfa said...

Salam Dr Sam

You are one romantic! I envy you.

Old marriages lose the romance and after without, they can still carry on passing as a relationship between old and trusty friends.

But romance will always give the sparkle to all ingredients that make good marriages last.

Congratulations for keeping at it for 19 years!

sahromnasrudin said...

sesungguhnya family tuan sangat gembira..semoga senantiasa mendapat rahmat Allah SWT

Memorable trails... said...

Tahniah..semuga bahagia ke akhir hayat...

Abd Razak said...

Assalamualaikum..

Moga Allah kurniakan sahabat kesihatan yang baik serta kebahagiaan yang hakiki dalam rumahtangga sahabat..amin

Selamat hari ulang tahun perkahwinan..:)

Afida Anuar said...

Wowww Dr Sam..puitis sungguh!..

btw, selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 19. Kan? Saya doakan moga Dr sekeluarga kekal bahagia hingga ke alam syurga. InsyaAllah.

ASH said...

Cair hati si isteri baca madah puisi!!

tahniah...moga kasih kalian berdua kekal hingga membawa ke syurga, InsyaAllah!!

DeLancrettLurpak said...

happy anniversary doc!!!

makcikkantin said...

Indahnya puisi u doc...Happy anniversary

hazeleyed lady said...

i am not a poet...but i know how to appreciate a poem...especially a good one...like yours.

...awak dah buat kak Hazel nangis ni dik!
Syahdu!

keep your buds of love...blossom!
cheerio

hazeleyed lady said...

Happy Anniversary.

Ida Amk said...

happy anniversary!

L said...

sedapnyer..=)

jom berdoa?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/doakan-untuk-keburukan-saudara-seislam.html

Pn Kartini said...

Assalamualaikum Dr Sam:)

Moga sentiasa dirahmatiNya..:)

Selamat Ulangtahun Perkahwinan..Moga kebahagiaan berpanjangan di bawah naungan keberkatan kasihsayangNya jua..Amin...

Cahaya hidup said...

Salam ramadhan Juragan,

Selamat hari 19 tahun!insyaallah semoga kebahagian milik anda selamanya :)

Aishah said...

Amin, dan alhamdulillah. Semoga kekal ke akhir hayat dan semoga terus diberkati Allah. Ramadhan Mubarak.

Wan Sharif said...

Happy anniversary Doc..
19 tahun masehi
19 tahun +(19*11)hari
atau 19 tahun 209 hari hijriah..
saja nak mengusik..
Selamat cari lailatulQADR dan selamat Hari raya..

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

pink family!..happy anniversary!

en_me said...

it was mine yesterday the 17th.. ehehe

salam ramadhan uncle doc tewww

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Selamat Ulangtahun. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Salam Ramadhan.

TQ

Mia's Mom said...

Ramadhan Kareem Bro! ;-D

And Very Many Happy Years and Beyond to you & Sis Zaida (& family of course!)

Really..., too poetic for me to decipher :-D

Afzainizam said...

Wahai suami pelindung kasih
cintailah isterimu sepenuh hati
dialah ibu kepada anak-anak
Penjaga harta dan rumah tangga
teman paling akrab
tempat berkongsi suka duka.

Selamat Ulangtahun. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip tayar motorsikal pancit

ckLah said...

Selamat ulang tahun wahai Juragan Cinta...


:D

nahmy said...

madah pujangga yg meruntun kasih abadi
manis dan penuh makna..
selamat ulangtahun perkahwinan doc!
semoga makmur & bahgia berpanjangan

DrSam said...

That was the quickest ever 'ilham' I managed to put into a writing (less than 20 mins.). when I told my wife, with a smile she said:

"I know why...because it came straight from your heart"

I didn't say anything because what she said apparently was true.

Thank you my dear friends for all the good wishes. May Allah bless all of us with all the happiness this mortal life can offer.

Leenoh said...

Salam.

Puisi yang menyentuh hati.

PerantauSepi1306 said...

salam, happy belated 19th anniversary. walau sudah selama itu pasti doc masih terasa macam baru semalam duduk di pelamin bersama ye :D

semoga berbahagis selamaNya ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...