06 December 2010

Ilham tercalar



satu langkah menapak
lesu mudik hanyir kehidupan

remang hidup menggapai suram
berlegar ligat kehadapan tidak
menyonsang zaman menongkah arus
layu waktu
menyapa sekilas bayu
selerak keluh di dinding dahulu

pandang memandang mata tiada terpejam
mengintai di luar jendela
terang hati tersuluh nyata
melihat lukisan di dalam lukisan
biar rasa yang penuh
ada luka berlalu
menopang pilu dilontar waktu

dua langkah menapak
dunia bercabang tiada kesudahan



nota : dinukil kedua kali setelah kelam idea makan 8 course dinner di Crown Mutiara Plaza


31 comments:

nottingham said...

woow! fantastic, doc!

saya. said...

Post dalam BM?Okey,ini eurekaaaaa!!
Nice.Sangat nice.

Seperti selalu :)

Afida Anuar said...

Assalamualaikum Dr Sam. Woww superb puisi ni....kagum2..

besi said...

2 tapak.... ya dr sam
permulaan dengan 2 tapak..
pengakhiran dgn 2 tapak..

Pn Kartini said...

Salam Dr Sam..:)

Ilham Tercalar...
..sesekali bakat berpuisi dipamerkan..indah bait kata..
ada yang tersirat dari apa yang tersurat..yang sukar utk ditafsirkan..:)

Abd Razak said...

Assalamualaikum sahabat..

Indah bunyinya...

Hanyasanya penulis yang tahu..:)

catz said...

Salam,

i envy u doc. u can write very well. puitis. Indah, syahdu.
Dalam maksudnya hanya penulis yang tahu maksudnya, perhaps.
btw, keep writing.

:)

Naddiea said...

penuh tersirat...superb!

piewahid said...

salam Doc,
moga sentiasa dlm redha-Nya.

amboi, serba boleh ni... :)

zino said...

hebat hebat..

aliff muhammad said...

Salam,

Berpuisi dalam bahasa kebangsaan. Indah tulisannya, dalam maknanya.

Keep up the good work Doc.Sam.

hazeleyed lady said...

Ass-salam DrSam
Wow!
Puitis juga ni...
Dalam sekali maksud...
Bab ni satu satunya yang kak Hazel tak panadai lansung! (:(:

Wan Sharif said...

TERCALAR KERANA TERLEBIH MAKAN ATAU TERLALU LAMA MAKAN-MAKAN?..
KEKADANG KITA TERIKUT (DIPAKSA?) BUDAYA ASING,
ITU MUNGKIN MENYEBABKAN ILHAM, NIAT DAN APA SAJA YANG BAIK TERCALAR, TERPADAM.. NAUZUBILLAH?

Satu entry yang memberangsangkan ..
teruskanlah berkarya..
semuga redha Allah bersama kita..
SOKMO SOKMO

yohteh said...

"...lagi ayoh, lagi... dok puah dengor..."

...anok-anok begilir bace sambil ayoh tiup seruling...

nahmy said...

salam doc...

sadiss..!

Afzainizam said...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Salam Maal Hijrah" 1432H/2010M.
MEMANTAP UKHUWAH, MEMPEKASA UMMAH.
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫

Langkah demi langkah...
Langkah demi langkah...
Langkah demi langkah...
Langkah demi langkah...
Langkah demi langkah...
Langkah demi langkah...

SDelangkah kehadapan itu tandanya kita mara apa jua rintangan badai ... namun jika kita tersesat langkah kita berpatah balik ketempat asal....

zafi said...

I'm impress!
Such a wonderful poetic insights!
I reckon a sound of sadness in there. U ok?

idasm said...

teruslah melangkah,
teruslah menongkah,
kehidupan mmg penuh masalah,
hadapilah dgn tabah....


Dr. Sam, gambar cantik!

DrSam said...

nottingham,
thanks. glad you like it.

saya,
sesekali melirik prosa, tiada rahsia mengundang rasa.

Afida anuar,
Terimakasih. Biasa-biasa aje :)

DrSam said...

besi,
pemerhatian yang bagus. Biar dimulakan dengan tapak yang baik.

Pn. kartini,
Salam Pn. Isi hati diterjemah di dalam bait yang terhad suku kata. Kekadang maksud tidak tercapai.

Abd Razak,
Salam. Wallahuaklam.

DrSam said...

Catz,
Salam. Ilham diberi bukan selalu. Datang dan pergi bukan mengikut waktu. Bila teringat dicoret buat santapan halwa kalbu.

Naddiea,
thank you.

piewahid,
Saya doakan piewahid juga diberi keafiatan senantiasa. Berpuisi sekadar berkongsi rasa.

zino,
Terimakasih. hebat bukan pakaian saya :)

DrSam said...

aliff muhammad,
Berpusi dalam bahasa sendiri lebih menjiwai. thank you for the encouragement.

nahmy,
Salam nahmy. Runtunan jiwa yang tengah gelora :)

Afzainizam,
Kupasan yang menarik.

DrSam said...

hazeleyed lady,
Salam pn. Saya pun bukannya pandai sangat berpuisi ni. Dari dulu suka mencoret rasa, cuma di medium yang berbeza. paling tidak pun dibelakang buku nota atau jadi nota kaki aje :)

Wan Sharif,
Begitulah kehidupan kita ni Ayoh wang. Lagilah bila umur menjangkau senja ni, sensitif tak bertempat pun ada. Tapi apa-apa pong kita memang senyum sokmo, apa-apa aje :)

yohteh,
...deghah lah awang weh...nok gharik doh...piat kang...

...senja melaboh tirai dan lembu kuba pong masok habih doh kkandang...

DrSam said...

zafi,
I am fine bro. Thank you. I hope the snow doesn't dampen your spirit. the weather here is cloudy but the mood is not affected.

idasm,
Kehidupan yang bercabang-cabang untuk kita membuat pilihan.

Gambar di Promenade Kota Kinabalu. Saya tertarik kerana biasan warna senja agak berlainan sedikit berbanding di Semenanjung.

idasm said...

kat KK rupanya. Cantik. (ida x sampai lagi sabah dan sarawak ni.. hehe)

kayteeze said...

Ada bakat tu.
Kita ni cuma pandai ketuk-ketuk periuk dan kuali je....

Erieq said...

Sajak yang indah, seindah gambar tu.

Hebart Dr sam.. sambil makan pun boleh mengarang sajak.

Airis said...

Salam Doc,

Saya 'tulis', suka 'ilham tercalar' tersebut.

DrSam said...

idasm,
ada masa dan kelapangan, kita pun kena juga jengok jiran-jiran sebelah sinun :)

kayteeze,
ketuk kuali pun jika ilham datang, berasap kepala...

Erieq,
Bukan apa Erieq...ada peristiwa mencetus rasa - kebetulan muncul ketika makan.

Airis,
Salam Airis. Saya 'baca', terimakasih kerana sudi 'intai' :)

pB said...

salam


nak cukupkan komen yang ke 30

DrSam said...

pB,
Salam pB. Ni mesti 'badi' pertemuan unik ditengah jalan dgn geng blogger ni :) Anyway...thank you for skodeing here.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...