05 February 2011

Pabila pelangi hilang warnanya


(Tanjung Bungah - Dis 2010)




Pabila pelangi hilang warnanya
adakah sang suria jemu membuka mata?
atau hilang ceria menyapa duka
membiar awan berteman gelora
menutup sinar kelam menyapa

tiada warna sembunyilah serinya
penjejak pelangi termanggu tertanya
apakah benar sang suria sudah lupa?
membuka mata biar seketika
meninggalkan bayang mengeluh kecewa
tiada bekas tiada berupa

di kaki langit mencari cepu berharga
di dalam kelam penjejak teraba
tongkat sakti pedoman yang ada
tersungkur terjatuh bangun seketika
mengharap pelangi senyum semula

coretan berwarna dikanvas langit terbuka
tiada erti tiada maknanya
jika penjejak pelangi masih lagi lupa
sang suria tidak pernah alpa
dan pelangi tersenyum ada masanya
dan jua tiba ketika






p/s: ilham dan ghairah bernukil timbul pabila melihat penjejak-penjejak pelangi masih bersemangat mencari cepu emas dikaki langit.

26 comments:

ckLah@xiiinam said...

Semoga biang lala kembali berwarna....






(Err...biang lala tu pelangi juga, cakap Jawanya)

Cik Kyla said...

Puisi yang menarik..

jika dunia kita tiada warna?
bagaimana ya? hmmm...

hazeleyed lady said...

...hmmm
could this be the voice from within ???
rainbow = colors of life

Keep Well.

zino said...

indah puisi ni...

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Semuanya ciptaan Yang Maha Pencipta

pal7 said...

drSam..
mencari cepu emas di kaki langit..

*nice..

catz said...

Bila merenung alam,
melihat bukan sekadar melihat.
merenung dari sudut dan perspektif berbeda,
terciptalah puisi indah.
perumpamaan hidup,
luahan hati,
gejolak perasaan.
bercampur baur,
mengadaptasi realiti,
merenung ciptaan Ilahi.

:).

catz miow

Afida Anuar said...

Pelangi...jangan hilang warna!

PS: sesekali apabila Dr Sam berpuitis..indah..

sally said...

Bersyukur kita mampu melihat warna warni pelangi..syukur kita tidak buta warna..life would be dull..only black,white n grey..adusss..terbabas dari tajuk..

mirachantek said...

kombinasi pelangi dan lautan begitu mengasyikan.
untung jika terlihat...

Ida Athanazir said...

Jarang tengok rainbow nowadays coz bz tengok fon or grumbling to the traffic!

Admin P@P said...

Assalamualaikum.

Moga hilangnya warna pelangi itu hanya sementara dan akan datang ketika ia diperlukan...

TQ

MiSyaJanah said...

terkelip2 mata sy baca dr.hihi.indah & penuh dgn seni.^_^ ingat dulu masa kanak2, klu ada pelangi, mak kata jgn tunjuk, nnti jari bengkok..hihi..;D

ashley said...

titis titis hujan
menyerak cahaya suria
lantas
sang pelangi meyapa akhirnya
.
.
biarpun hari merangkak senja
.
.
kerana
pelangi senja
memberi ilham
pada semua
.
.
tiada mahu
menghampa

MaizaC'Joe said...

Assalamualaikum doc,

moga sentiasa sihat hendaknya..
Indah sungguh bait-bait kata..
Pelanginya indah berseri
Namun, bimbang tak kekal lama..
tapi, tetap terpahat di jiwa..

PS: doc, orang jelapang padi jg ya?satu alumni... :)

Syed said...

OMG, did you shoot that photo?!! Totally awesome !!

Your 'nukilan' is awesome too.
Begitu multi layered... :)

DrSam said...

cklah,
biang lala :) pengenalan yang baru ni.

DrSam said...

Cik Kyla,
Dunia tanpa pelangi, masih berwarna-warni, kerna manusia bermacam-rupa berbagai karenahnya

hazeleyed lady,
we, the artist determines the color of our life.

DrSam said...

zino,
kadang-kadang aje datang ilham ni...

Abd Razak,
WSM ustaz. Semoga diberkati olehNya.

Ciptaan Tuhan untuk kita berfikir.

DrSam said...

pal7,
kaki langi tidak pernah ditemui, apatah lagi cepu emas itu...

catz,
waduh...waduh...berpuitis gitu...aman catz!

DrSam said...

Afida Anuar,
Pelangi sentiasa ada warna, hanya kita yang dapat melihat atau tidak warna tersebut

sally,
kaler hitam putih pun kadang-kadang cantik juga. Malah lebih telus gitu...

DrSam said...

mirachantek,
on the right time, at the right place...

Ida Athanazir,
kena selalu merenung langit, terutama selepas hujan turun...adalah pelangi menunggu untuk dinikmati

DrSam said...

Admin P@P,
WSM. Pelangi datang dan pelangi pergi, sesekali pasti menjenguk kembali.

Misya,
ha...ha...betul tu. Betul...cuma saya punya version orang tua pesan kalau tunjuk pelangi....jari telunjuk kena bengkokkan :)

DrSam said...

ashley,
puitis!

MaizaC'Joe,
Pelangi tersenyum melihat penjejak tertipu dan masih mengejar dikaki langit.

p/s: Alumni tempat belajar di Gong Badak :)

Syed,
Thanks you sir. I happened to be on the beach looking at the sky when the dark cloud suddenly loomed in.

Titi Hakiki said...

Meminta pada yang kasih
Mengadu pada yang suka

DrSam said...

Titi Hakiki,
ASM sdr. Terimakasih kerana singgah dan meninggalkan jejak di sini. semoga ukhuwah diteruskan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...