08 April 2010

Dunia tanpa cermin















jadilah semesta pelbagai wajah pelbagai rupa
hadiah Al-Musawwir Dialah pencipta
kenal diri kenallah Dia
Hilang Tursina itu kan tanda

kata sibuta
pancaindera ku dimana?

namun alam tiada bicara penglipurlara
aku engkau dia mereka
engkau cermin aku - aku cermin dia
cun kata mata
zina keringlah kita
sia-sia belaka

kata sibuta
siapa cermin hamba?

sikodok jika berkata
bodohnya kamu manusia
melihat dengan mata yang dua
yang cantik dipuja terkinja-kinja
yang gemuk hodoh cerca nestapa
hati nurani tiadalah dusta

kata sibuta
aku bagaimana?

jika dunia cerminya tiada
si buta tersenyum manja
aku engkau dia mereka
rupanya kita sama belaka





...Dinukil prosa kelibat ilham mengeteh dibawah ketapang - ditujukan khas kepada beruk dan monyet yang bakal kehilangan kebun getah sekangkang kera tidak lama lagi...

32 comments:

ckLah @xiiinam said...

Metafora yang dalam...

DrMaya said...

dalam maksudnya...
err...dengar kata akan dapat discount sampai 40%..hilang sekangkang kera takper ah, kita bleh buka langkah gorilla pula ;)

DrSam said...

xiiinam
peristiwa semasa mengoncang jiwa

Maya
ramai yang masih berhalusinasi
cerita baru mungkin jadi basi
harap 40% bukan sekadar mimpir
harap jadi realisasi
yang penting tanya balik diri
apa tujuan kita di sini

Faisal Admar said...

macam marah je dengan 'beruk' dan 'monyet' tu doc? :)

disebabkan cermin dan mata, semua nak jadi hakim dalam dunia ni :)

Abd Razak said...

Salam Dr Sam.

Kejam sungguh pada monyet dan beruk

Temuk said...

Salam Dr Sam
Bila kita jadi cermin, pandailah kita 'mengata', itu indah itu buruk. Orang lain pun begitu. Kalau si buta jadikan kita cermin, apa agaknya yang tersampai hati kita kan katakan? Baiklah jadi cermin kaca. Dia membisu tapi memberitahu: Itulah wajahmu. Tak kukata indah atau buruk. Katalah sendiri!

besi said...

dr sam... sajak yg menarik..
tapi kurang mengerti...
office matter? ke

CAHAYA said...

Nice one from you.

My friend once told me, CCTV Allah ialah melalui mata kita. Setiap laku kita direkod mata. Baik mata sendiri atau mata orang lain.

Sama juga seperti cermin. Diri kita jadi cermin org lain atau sebaliknya. Moga2 semuanya yg baik2 je.

DrMaya said...

Bro...
Saya percaya byk di kalangan kita selalu tanya diri apa tujuan kita di sini, tapi jawapan selalu jadi kabur dan makin kabur..bukan kita saja yg hilang visi, tapi mereka yang di atas sana juga....benarlah kita hanya merancang tapi Dia yang menentukan

as a junior yg tak berapa junior, saya sentiasa mengharapkan spy kita semua saling mendokong dan melengkapi sesama sendiri...bukan lagi senior menyalah junior, dan junior berdendam dgn senior...sesungguhnya junior memerlukan bimbingan bukan herdikan, masuk saja terus jadi pahlawan...apakah itu yang terjadi pada senior dulu2? Wujudkan suasana kekeluargaan dalam institusi kita..

Ida BorneoLove said...

what if yang hodoh juga miliki hati yang hitam? dan yang cantik dengan hati yang patut dipuji puji?

DrSam said...

Faisal Admar,
Bukan marah Faisal, tumpang simpati. Monyet oh monyet...

DrSam said...

Abd Razak,
Salam sdr.
selalunya begitu. Beruk dan monyet jua lah yang menjadi mangsa

Temuk,
Salam. Allah itu sagat adil. tak mungkin Dia menjadikan sesuatu kepelbagaian mahkluknya tanpa sebab. cuma kita selalu lupa hakikat kejadian itu dan mula membeza-bezakan mengikut nafsu masing-masing. Buruk/hodoh disini adalah bahagian cantiknya nanti dilain masa atau tempat. Bodoh disini adalah bahagian yang indah seindahnyanya nanti menanti.

saya pun masih terkial-kial belajar mengenal diri didalam usaha mengenal siDIA. Hendak megenal (dan menghakimi) orang lain jauh sekali - sebab itu bukan kerja kita.

besi,
sajak berkenaan sifat dan kejadian manusia - kebetulannya tempias sedikit ditempat kerja. ilham itu pula tercetus apabila mengenang nasib beruk dan monyet yang agak suram.

DrSam said...

CAHAYA,
CCTV dijaga oleh dua pengawal/pencatit - Raqib dan Atib.

Maya,
Panjang kalau nak dikupas dan dihalusi isu menarik dan penting tu disini. kering air liur kita berhujah nanti. Jawapan pada kemelut tersebut saya rasa orang nun diatas sana yang patut leraikan.

Cuma paling afdal kita faham tanggungjawab kita dan cuba tunaikan dengan sebaik mungkin. Selebihnya - tawakkal.

Ida Athanazir,
Kepelbagaian dan padanan kebarangkalian memang banyak. Itu hakikat kejadian dan cara Allah menunjukkan kebesaranNya. Ada cantik rupa paras, cantik pula budi bahasa tutur cara. Ada hodoh rupa paras buruk juga perangai dan pembawaan diri. Malah ada juga yang cantik dan menawan rupa paras tapi tersangatlah buruk budi perkerti dan sebaliknya si hodoh mulia pula akhlak dan budi.

Kalau yang baik kita sanjung dan hormati, yang buruk terimalah seadanya dan jadikan contoh untuk bermuhasabah diri.

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

Dapat rasakan amarah sikodok itu pada beruk2..

apa yg kodok boleh buat selain melihat dan akhirnya melompat terus pergi dgn hati yg geram...biarkan siberuk dan monyet berteriak kegilaan..

PS. Pasal tanah pusaka mmg akan wujud kodok..beruk dan monyet.Yang untung adalah SINGA..!!

Puan Ninie said...

waa sgt byk tersirat ni doc..:)
but ninie suke..byk makna...


sape si kera doc..:)
have a nice weekend ya..:)

DrSam said...

Life is beautiful lyric,
setakat ni singa belum mengaum lagi dalam kebun getah sekangkang kera, harimau ada.

Meiz SHA,
ditempat saya kerja memang banyak beruk dan monyet berkeliaran dicelah-celah pokok getah. Mungkin beruk dan monyet ni merasa agak selesa bermain-main disitu sebab ada kaum kerabat terdekat kot...mungkin ajelah.

Anonymous said...

Kita selalu lupa, hidup di sini hanyalah menumpang.

Terlalu pentingkan diri sendiri, hingga menghimpit insan lain yang dalam kesukaran.

DrSam said...

kayteeze,
memang sifat insan itu pelupa. sama-sama kita ingat-mengingati.

piewahid said...

"ditujukan khas kepada beruk dan monyet yang bakal kehilangan kebun getah sekangkang kera tidak lama lagi..."

tahniah doc!

annfrendly said...

salam..
mendalam sungguh maksudnya.
karya yang indah untuk difahami..

ermm..
ramai yang tertipu dengan keindahan dan kecantikan paras rupa..

PerantauSepi1306 said...

Dr Sam, u always have beautiful things to share with us here...

=D singgah sat ari nie

Zendra-Maria said...

Si Buta dipakaikan cermin pun tak dapat melihat - khususnya yang buta hati

Dinda, kekadang kanda pun begitu...

nahmy said...

salam..puas membacanya doc wlu terkehel sikit merenung makna

laki cikgu kimia said...

abstrak sekali fotonya itu..

Naddiea said...

puitis...

pada masa yang sama kesian dekat beruk2 dan monyet tu semua....

pembangunan yang menyebabkan ada yang akan kehilangan tempat tinggal..kesian.

DrSam said...

piewahid,
sama-sama terasa :)

annfrendly,
tertipu kerana selalu melihat dengan mata yang dua.

PerantauSepi1306,
Got ilham will always share with friends.

DrSam said...

Zendra-Maria,
cermin mata hati belum ada kedai lagi yang buat untuk dijual kanda. Masih mencari cermin mata hebat itu. Teropong iman pun dah makin berkarat :)

nahmhy,
saya bila terseliuh urat kat minda tu terus datang ilham sebegini.

laki cikgu kimia,
foto minda untuk minda yang terbuka

Naddiea,
saya tumpang kesian juga.

Ida BorneoLove said...

good one doc! thanx

3yearshousewife said...

Dr.,
Wah, you're good at poetry!

Tikno said...

Yup... rupanya kita sama belaka.
Semua bagai ilusi.

zafi said...

Nice one!

DrSam said...

Ida Athanazir,
No problemo!

3yearshousewife,
things I do to tickle my brain and make it lively.

tikno,
bezanya hanya pada paras rupa, itupun dari pandangan mata

zafi,
Thank you.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...