07 November 2012

Kuala Lumpur Menopause




Sesungguhnya Kota itu nafasnya hanyir
muntahnya berkahak memualkan tekak
menjolok halkum sesak berbaur
neon-neon pun hidup memedih mata
lalu ain ini terpaksa ku lontarkan jauh
berpaling namun tidak ku dusta lagi

Kaki ini sudah penat
longlai kian membatu
berpasak goyah lumpur berhingus
kudrat sudah luntur
iradat masih utuh

namun suara itu berkata :
"...Hei anak Sg. Derhaka, bukankah kamu utusan itu...?"

Disinun
dibenua kecilku
Samarkand subur bukan mimpi lagi
Al-Shams bersinar
"Sungguh..." bisik benua itu

Di Sungai itu
aliran lesu tambah berliku
Aku tidak mahu hanyut lagi
Ku biar Kota itu tenggelam
Selamat tinggal tikus mondok
bayangku akan menjadi teman setiamu




Nukilan tercetus setelah 7 hari menghirup udara segar dibenua baru, di tepi pantai Tok Jembal

31 comments:

nahmy said...

sang persada jiwa...amat terusik
terentap dek lunak bicara seni..

Sir Pök Déng said...

I doubt you're a scientist, doc.

DrSam said...

nahmy,
bukan selalu ilham seni mencuit minda.
itupun kena ada pemangkin yang betul baru teruja

DrSam said...

SPD,
I am having the same feeling sir...weird...

Faisal Admar said...

kadang-kadang letih dan bosan dengan hiruk pikuk.

Fadhil said...

Alahai doc, kesiannya warga kota Kuala Lumpur itu...

balqissy said...

deep, Doc. Very deep.

I miss my Terengganu too :'(

Nizam.Ariff said...

i bet nanti akan ada banyak lagi cetusan hati ye...

DrSam said...

Fisal admar,
hiruk meletihkan dan pikuk membosankan

Oldstock,
Yang terlibat hanya tikus mondik aje :)

balqissy,
Perhaps, your Terengganu miss you too...

NIzam Ariff,
Ilham tercetus bila ada mangkinnya...di sini pantai, laut serta bayu China selatan seakan-akan menggeletek minda untuk memuntahkan karya.

my said...

tidak pernah betah dengan hiruk pikuk suasana
biar dikata kolot, ortodoks atau mungkin kodok yang sentiasa menyorok
bumi Terengganu memberi seribu erti kehidupan bagi yang mencari


uikkkksssss....panjangnyer
tumpang lalu ye doc..peace!!

Unknown said...

Best kan balik ke kampung sendiri?

I too never regretted that decision I made back in 1996 to come back to Kuantan for good.

If U ever pass by Kuantan, do drop us a tinkle (me and Koka). Boleh meet up for a cuppa coffee!

Mulan said...

peace, love & harmony..

DrSam said...

my,
kodok yang ortodoks kalau keluar dari tempurung sudah tidak kolot lagi. Ganukite sentiasa dihati.

tumpang lalu sokmo pun tak pe :)

Jehan Bakar,
Nak kata best tu memang best le. Kira beruntung pun ye juga. Masih ramai teman-teman yang menyimpan cita-cita tapi tak kesampaian.

I still have Koka's HP no, if he hasn't switch to a new one. Insyaallah, will helo your hubby if I pass by your place. Send my warmest regard to him. Tengok FB did nampak bertambah sihat. Alhamdulillah.

mulan,
I find peace, love and harmony here, di benua kecilku ;)

besi said...

dr sam... kuala lumpur patut diremajakan

DrSam said...

besi,
setuju...ia perlu disolek dengan wajah yang baru. Namun yang paling penting ialah isi hati sipemunya wajah itu - ia perlu cantik.

Hunny said...

salam Dr,

Begitu mendalam. Sebenarnya, nak balik kg jer kan? huhu.:)

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga sahabat sihat hendaknya di sana..

Lebih rela hujan batu di negeri sendiri..

DrSam said...

Hunny,
Salam Hani. Balik Ganu dapat ilham :)

Abd Razak,
Waalaikumussalam sahabat. Alhamdulillah syukur.

ASH said...

salam...
.
.
.
.
touched!

DrSam said...

ASH,
semoga ilham masih tidak tercalar.

Zendra-Maria said...

kecik hati kanda yang seperingkat dengan Kuala Lumpur :(

DrSam said...

Zendra-Maria,

Usahlah berkecil hati kanda
biarpun usia kanda selari kota
namun tiada cacat cela
bahkan anggun jua dimata
lagipun bernukil dinda
hanya untuk gurindam luka lara
khas buat tikus mondok kota



Pn Kartini said...

Assalamualaikum Dr Sam..:)

Lama rasanya tidak kelihatan..
sunyi sepi bersama detik masa..
Apakah mungkin..
Merindu pada tikus mondok kota..

:)

gadisBunga™ said...

saya suka kuala lumpur. seni binaannya. kehidupannya. sejarahnya. penghuninya. tapi bukan pada kesesakannya. dan pada PATInya.

ASH said...

Waiting for your writing..
Too busy to write?
.
.
.
Please...
duhai bayu laut, bisikanlah sesuatu untuknya..
duhai hujan, titiskan sesuatu buatnya
duhai ombak, damparkanlah kalimat yang hikmat..

hehe...

I think those keropok lekor make you so senyap..

zafi said...

I miss my kuala lumpur :D

Temuk said...

Assalam DrSam
Pantai membentang, membentangkan kehidupan yang amat berbagai rencahnya.
Laut melaut, melautkan harapan yang tak kurang ragam ketaktentuannya. Itu secebis Terengganu bagi saya. Semoga babak-babak dilalui DrSam di padang Terengganu yang amat luas di sana sentiasa berupa cerita bahagia.

ckLah @xiiinam said...

Selamat tahun baru Dr...

jeragang said...

saya anak malaysia
walaupun 40 tahung lebih duk KL namun hati selalu atah wakah kg nelayan

anntaj said...

waaahh so nice...

Faisal Admar said...

wow! now you're a poet?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...