Showing posts with label Wedding anniversary. Show all posts
Showing posts with label Wedding anniversary. Show all posts

16 August 2011

Semalam, sembilan belas tahun lalu





Buat sekian kalinya
Juragan cinta ini ingin bermadah
merayu agar bayu pagi
membisik kepada angin laut China Selatan
membawa ghairah cinta juragan ini
mengulit mimpi permaisuri
nan lama bertakhta dihati

semalam, sembilan belas tahun lalu
juragan cinta menobat permaisuri dihati
meninggalkan pelabuhan solo itu
tidak berpaling lagi
belayar bersama dermaga kasihmu
mengalun seruling bambu syahdu mendayu
bahtera kemudi dilautan api asmara tiada henti

sumpah setia juragan cinta ini
lautan luas sama direnangi
gunung ganang sama dijelajahi
susah senang mainan hidup ini
jika sumpah keramat derhaka sekali
biarlah jasad ini tidak dimakan bumi

dan jika kasih ini bukan milik duniawi
wahai permaisuri dihati
jemputlah jeragan cinta ini
biarpun sekali cuma
mendampingi kamar cintamu
disyurga firdausi mu hakiki

Puisi semarak gurindam kasih sejati
ku tuju buat permaisuri hatiku
sembilan belas tahun mengulit asmara ini
juragan cinta mohon tiada noktah akhirnya
biar dakwat cinta ini kekal abadi






18 August 2009

An open letter to my beloved wife

Kehadapan adinda yang dikasihi dan diingati sokmo,

Pertamanya dinda, maaf dipinta kerana warkah ini hadir bukan tepat pada harinya. Namun terlewat pun bukanlah sengaja, sehari dua sahaja lebih baik dari terus lupa.

Bersempena ulangtahun ke-17 ikatan cinta kita, buat sekian kalinya kanda meluahkan pendaman rasa kasih sayang yang tidak terhingga. Bahkan hari-hari yang dilalui bersama tidak sedetikpun terasa sunyi dan sepi dengan kehadiran dinda, namun penuh bermakna. Ditambah dengan kurniaan empat cahaya mata anugerahNYA, yang comel-comel belaka, tiadalah lagi bahagia yang dipinta.

Dinda,

Banyak sudah liku ranjau onak duri dilalui bersama. Susah senang bersilih ganti tidaklah terkira, menjadi asam garam hidup kita. Pengorbanan dinda tiada galang gantinya tak terbalas rasanya. Hanya doa mampu kanda panjatkan agar ikatan suci ini berkekalan dan diredhai hingga keakhirnya. Terimakasih tidak terhingga kerana sudi bertakhta dihati, teman hidup dikala suka dan duka penglipurlara.

Akhir kata penghujung bicara. Cinta ini tidak pernah luntur dari dulu kini dan selamanya. Akan kanda pegang erat hingga ke hujung dunia.

Peluk cium dari kanda,

DrSam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...