Pesan buat anak
hari bersilih
bulan berganti
tahun bersulam
dupa kehidupan terbentang
wahai anak
mulakan langkah hayunan mampan
jangan longlai tawan impian
jalan lurus di hadapan
jangan pandang belakang
bukan senang mahu senang
susah memang susah
hidup susah dahulu
biar senang kemudian
susah dahulu pendapatan
umpama kecapi mengejar mimpi
pusingan roda tiada henti
hanya jauhari kembala Sekendi
yang tersurat bukannya mesti
saudagar mimpi jangan dicari
tapi sesekali
berhenti
tolehlah ke tepi
takut tersesat terpesong pedati
kenal diri makrifat hakiki
cermin kehidupan kebenaran menanti
peta perjalanan terikat azali
billah bilhak tetapkan qolbi
perlu ingat jati diri
pesanku ya auladi
buat sekian kali
bernoktah di sini
hari bersilih
bulan berganti
tahun bersulam
dupa kehidupan terbentang
wahai anak
mulakan langkah hayunan mampan
jangan longlai tawan impian
jalan lurus di hadapan
jangan pandang belakang
bukan senang mahu senang
susah memang susah
hidup susah dahulu
biar senang kemudian
susah dahulu pendapatan
umpama kecapi mengejar mimpi
pusingan roda tiada henti
hanya jauhari kembala Sekendi
yang tersurat bukannya mesti
saudagar mimpi jangan dicari
tapi sesekali
berhenti
tolehlah ke tepi
takut tersesat terpesong pedati
kenal diri makrifat hakiki
cermin kehidupan kebenaran menanti
peta perjalanan terikat azali
billah bilhak tetapkan qolbi
perlu ingat jati diri
pesanku ya auladi
buat sekian kali
bernoktah di sini