Pesan buat anak
hari bersilih
bulan berganti
tahun bersulam
dupa kehidupan terbentang
wahai anak
mulakan langkah hayunan mampan
jangan longlai tawan impian
jalan lurus di hadapan
jangan pandang belakang
bukan senang mahu senang
susah memang susah
hidup susah dahulu
biar senang kemudian
susah dahulu pendapatan
umpama kecapi mengejar mimpi
pusingan roda tiada henti
hanya jauhari kembala Sekendi
yang tersurat bukannya mesti
saudagar mimpi jangan dicari
tapi sesekali
berhenti
tolehlah ke tepi
takut tersesat terpesong pedati
kenal diri makrifat hakiki
cermin kehidupan kebenaran menanti
peta perjalanan terikat azali
billah bilhak tetapkan qolbi
perlu ingat jati diri
pesanku ya auladi
buat sekian kali
bernoktah di sini
hari bersilih
bulan berganti
tahun bersulam
dupa kehidupan terbentang
wahai anak
mulakan langkah hayunan mampan
jangan longlai tawan impian
jalan lurus di hadapan
jangan pandang belakang
bukan senang mahu senang
susah memang susah
hidup susah dahulu
biar senang kemudian
susah dahulu pendapatan
umpama kecapi mengejar mimpi
pusingan roda tiada henti
hanya jauhari kembala Sekendi
yang tersurat bukannya mesti
saudagar mimpi jangan dicari
tapi sesekali
berhenti
tolehlah ke tepi
takut tersesat terpesong pedati
kenal diri makrifat hakiki
cermin kehidupan kebenaran menanti
peta perjalanan terikat azali
billah bilhak tetapkan qolbi
perlu ingat jati diri
pesanku ya auladi
buat sekian kali
bernoktah di sini
33 comments:
Salam Doc.
Thanks untuk pesan ini.
Manusia belajar dari sejarah.
Salam,
Doc,
Pesanan seorang bapa yang amat dalam. Teringat akan pesanan Luqman Hakim pada anaknya. Teringat pesanan arwah guru buat saya agar berbuat baik sentiasa dan berusaha keras untuk kemajuan diri.
Pesanan yang datang dari hati nurani punya impak yang amat tinggi.
dr sam....ingatan yg berguna utk semua...
berkesan di jiwa nih.
ckLah copy pesanan ni ya Dr....nak bagi anak yang di perantauan...
Such a good reminder for us all..
IRIS,
turun temurun pesan diperturunkan. Dari seorang bapa kepada anak, yang sekarang menjadi bapa kepada anak-anak.
aliff muhammad,
salam. tiba-tiba teringat anak-anak. Rungsing dan rasa terpanggil untuk meluahkan perasaan.
besi,
ingatan buat diri penulis juga.
laki cikgu kimia,
yang baik dijadikan tauladan...
xiiinam,
Saya gembira jika dapat dimunafaat bersama. silakan cklah. Anak diperantaun terutama dirindu dan dirungsingkan.
tchersally,
Glad that you like it.
salam doc..
riben amek pesan neh utk diri sendiri jugak.. hehehehe...
care to visit my new blog..
http://iyramutalib.blogspot.com
nice.
gmbr tu pn best.
:)
SiRibenMerah,
Salam lyra. pesan berpesan sesama insan.
encik ariff,
gambar harta berharga, penghibur lara :)
Pesanan yg baik nie:)
Jue suka nasihat tuu...
Bagus ye Doc!
Jangan sesekali pandang ke belakang
Andai ia hanya bisa membuai perasaan
Bersemangat Mengorak langkah ke hadapan
Membina lagenda kejayaan
gemilang sepanjang zaman.....
:):)
Salam.
salam DrSam,
hati saya juga terkesan dari nukilan doc ini..
doc sungguh berbakat.
subhanallah...!!!
seperti CATZ, saya juga terkesan dgn tulisan kali ni DrSam. thanks.
Ironically, that title Jangan Pandang Belakang is what I'm doing today. I am moving forward, in my career.
hopefully the one I'm leaving can be very independant.
A good reminder indeed.. thanks for sharing it with us
good reminder doc...utk setiap insan yang bergelar anak..
adiwarnatasya,
semoga ada munafaat.
hazeleyed lady,
sekali sekala :)
Pn. Kartini,
Ada ummph!
mantan,
salam kembali.
catz,
terimakasih catz. nukilan selalunya spontan.
yohteh,
kita tunggu 15 hb merenung kebesaranNYA.
CAHAYA,
tersentuh hati penulis bila ada yang tersentuh.
Ida Athanazir,
Good luck and wish you all the best. Hope the new pasture is much greener.
perantausepi1306,
A reminder for myself as well.
Naddiea,
TQ. Take care 'both' of you.
berpesan pesan dengan kebenaran..
berpesan pesan dengan kesabaran..
.
.
.
.
.
macam wasiat penting gak nih!
smile.
ashley,
lama tak berborak kita. pesan memesan amalan mulia :)
Salam Dr...:)
Pandang ke belakang takut ada lagi dosa yang belum kita bertaubat darinya hingga terkesan kepada doa yang tidak termakbul dan saat utk kembali kepadaNYA dgn dosa...
Maaf terlambat kali ini kerana baru saja kembali dari Brunei...:)
me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inih.. uhuhu, salamm doc
Dinda, amat untung sesiapa dapat walid macam doc.
Abd Razak,
Salam sdr Razak. pandang belakang muhasabah diri. Selamat kembali.
en_me,
sama-sama lah kita.
Zendra,
dinda pun selalu berdoa agar aulad kita mempunyai jati diri, semangat dan hati yang luhur.
Salam Bro :-D
I have to refer to the dictionary to understand some of the words used. No denying it is such a beautiful pesanan though.
However, sometimes boleh glimpse (apa ya equivalent word for glimpse? jenguk?) belakang for lessons to be learned and for the repercussions provided. But just a glimpse.
Salam Dr Sam
Satu nukilan puisi yg indah. Tiba masanya nanti, insya Allah, anak-anak akan lebih mengerti pesanan gagah, kasih & ikhlas itu. 'Jasa' menoleh kebelakang hanyalah ia membentangkan sejarah, yg tiada gunanya, jika tidak dijadikan teladan atau sempadan hidup, mengikut kesesuaian.
menarik & tersentuh...semoga gitule hendaknya pada anak2
Salam DrSam..
Sesungguhnya.. jangan pandang belakang.. jangan fikir ke belakang..
Terima kasih atas pesanan.. juga ingatan.. :)
p/s - saya takut nak pandang belakang bila terasa seram sejuk.. hehehehe..
salam Dr.Sam....
pesanan yang sangat baik... untung anak2 Dr.Sam... :)
jeles wehhh...:)tengok gambar tu.. hehehe...:)
Post a Comment